Join and Follow This Blog

Minggu, 25 Agustus 2013

12 Barisan Manusia Di Padang Mahsyar

Bismillah ... Pada suatu hari, Muaz bin Jabal mengadap Rasulullah s.a.w dan bertanya "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t ketika sangkakala ditiup. maka kamu sekaliandatang berbaris-baris."

Mendengar pertnyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab "Wahai Muaz, engkau bertnyakan kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing2 dgn pembawaan mereka sendiri."

Barisan pertama

Diiring dari kubur dgn tidak brtangan & berkaki. Mereka itu ialah orang yg ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka inilah balasannya.

Barisan kedua


Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya.

Barisan ketiga

Diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dgn ular & kala jengking. Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya.

Barisan keempat

Diiring dari kubur dgn keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka ialah orang yang berdusta dlm jual beli, maka inilah balasannya.

Barisan kelima

Diiring dari kubur dgn bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak takut kepada Allah, maka inilah balasannya.

Barisan keenam

Diiring dari kubur dgn kepala mereka terputus dari badan. Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya.

Barisan ketujuh

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah & darah. Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya.

Barisan kelapan

Diiring dari kubur dlm keadaan terbalik dgn kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya.

Barisan kesembilan

Diiring dari kubur dgn wajah yang hitam gelap & bermata biru sementara dlm diri mereka penuh dgn api gemuruh. Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dgn cara haram, maka inilah balasannya.

Barisan kesepuluh

Diiring dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak & kusta. Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya.

Barisan kesebelas

Diiring dari kubur mereka dgn berkeadaan buta, gigi memanjang seprti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada & lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran. Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya.

Barisan kedua belas

Diiring dari kubur dgn wajah yang bersinar2 laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Mereka ialah orang yang beramal soleh & byk berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka, inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih syg & keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

(♥ Subhanallah || Semoga Bermanfaat & Silahkan Di Share ♥)

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa atuubu Ilaik ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar